Wednesday 7 September 2011

Running Man Episode 58 :)

Salam bloggers!! Kepada peminat Running Man, episode 58 dah keluar!! Yeayyy! Saya happy sangat.. Tengah mendownload sekarang~ :) Sangat happy meppy~ Saya sangat happy bila tengok Ji hyo dan Haha. Dorang sangat secocok bersama.. Tapi tak fahamlah kenapa nak kenenkan si Gary tu dengan Ji Hyo. Iskk...tak faham langsung~ Suka tengok Haha- Jihyo masa episode 52, dalam train. Kalau nak tahu, tengok sendiri~ memang comel dorang berdua.. :)

Sekarang cite best -->

Birdie Buddy --> UEE (After School )

Dari episode 1-5 --> Dalam ni aku lihat just conflict duit+ kekeluargaan. Then, bila da episode 6++ rasanya akan timbul conflict percintaan plak.. Jom nantikan :)

A thousand Kissess

Saya masih tak tengok lagi coz takde subtitle.. tak faham :)

Gyo Baek.

Malas nak tengok cite zaman lama.. Tapi Sungkyunwan Scandal best jerrrr~ :)



---------Nak tengok Strong Heart SNSD SeoHyun~ :) She has something to say about YongHwa~ I love them a LOT~ YONGSEO forever! ^__^  wink wink

I'm married woman :)

Assalamualaikum..
Terkejut tak tengok entry kali ni? Saya dah kahwin ke? Dah ada 2 anak? Biar betol.. Tak nampak pon perut membusung.. Tak nampak pon laki kau.. Majlis nikah? Majlis akad nikah? Majlis sanding? Kahwin lari ke? Kahwin kat Thai ke? Ke masa nikah tu tengah membusung? Errrkk.. Mesti ramai yang mempertikaikannya kan? Harap Maaf. Saya masih single lagi. Tak bertunang malah belum berkahwin lagi. hehe :D

Kenapa wujudnya entri ni? Citenye camni.... Semalam umi ambil I kat tempat kerja dengan membawa cucu cicitnya. Haha Macam dah tua jer mak aku kan? Umur mak I baru menjangkau 45 tahun, dressing pon takde lah tua tapi dah ada cucu da.. cicitnya belum lagi~ hehe :) Then, minyak kereta dah tinggal sedikit. So, umi I suruh lah berhenti kat tempat biasa dia isi. So, I ikut jerr.. Ye lah.. Guna duit umi kan.. Kena ikutlah cakap tuan empunya duit. Dalam nak menunggu minyak penuh di dalam tangki minyak, tukang pam minyak pon mulalah bercerita.. pot pet pot pet... Then, dia tanyalah pasal si driver a.k.a saya sebagai penulis..
"Kawen dop agi?"

"Kawen doh.. 2 orang doh anok.. tu kat belakang tu..."


 Saya hanya mampu tergelak sahaja.. :) End.

Sunday 4 September 2011

Hari Raya ke-5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!

Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah..saya sihat sejahtera.. Anda beraya tak? Tahun ni ramai tema warna pink merah gitu.. hehe :) I like~ Next year nak warna ape ek? emmm..... tunggu next year la kan? Bagaimana raya anda? Best? Best? Bestkan... Berkumpul anak beranak, cucu cicit... 1st day raya, saya dah kena diarrhea a.k.a cirit birit.. Tidur sekejap, terus nak masuk toilet. Argghhh...makan tapai la kot.. Dah la minum air bikarbonat je.. Isk..isk..iskk.. Tapi tahun ni pon tapai macam tak best sangat. Tak tahulah kenapa, maybe cuaca or orang yang buat tak pandai buat. :)

Hehehe...sesaje nak letak gambar ni... Boring kat kedai.. Tengah download cerita Dream High episode 13-15. Tengah tunggu Birdie Buddy.. :) Cerita apa ek yang best.... cepat gtaw aku.. Aku dah habis download cerita I need Romance~ hehe:) Sape yang nak, gtaw la....
Raya tahun ni best, tapi aku yang tak best. Sebabnya aku terpaksa kerja Raya ke-3. FULL! Dari pagi sampai malam.

Sunday 28 August 2011

Esok Last Puasa! Yeay! Yeay!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Esok last puasa :) Semua happy kan? Lusa dah nak raya ^__^ Saya pon happy juga! Tapi rasa sedih pon ada.. Tahun ni dua orang tua yang banyak berjasa dalam hidup saya telah pulang ke rahmatullah. Jangan tersilap. Kedua orang tua tesebut adalah arwah pakcik sedara dan arwah tok wan saya. Tok wan saya pernah menjaga saya semasa waktu kecil manakala arwah pakcik saya pula seorang yang suka menitik beratkan hal pelajaran. Dialah juga yang banyak menolong saya selama ini. Dan saya tak berkesempatan untuk pergi ke kubur arwah kerana ketiadaan masa. Mujur hari Jumaat lepas saya dan keluarga sempat ke kubur arwah ayah, tok ki dan ayah cik.
"Ya Allah, tempatkanlah mereka ditempat orang-orang yang beriman"

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... Maaf Zahir batin :P

Tuesday 23 August 2011

yeay!! Nama saya tertera di sana :)

Banner website graduan USM :)

Ni nama saya =D hepi tak? hepinyee.... =D




Kalau nak cek nama korang ada tak lagi, sila ke website sini :)

p.s: Kalau minta tolong orang lain ambilkan jubah boleh tak?


...sambil menunggu, kita update belog dulu..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!

Sepatutnya hari ni saya perlu bertemu dengan seseorang, tapi saya terbangun lambat. Argghhh..Memang gabra. Bangun-bangun, cek henset a.k.a handphone. Mula-mula, ingat pukul 8, so, takdelah gabra sangat, sedar-sedar dah pukul 9++.. Sangat gilooooo!! Lepas tu, aku terlihat ada satu message diterima. Aku buka. Maafkan saya, wahai kawan. Kadangkala kita terlalu lalai.. Mula benci dengan sikap diri yang tidak boleh menepati janji. Maafkan saya sekali lagi.. Dugaan di bulan puasa :)

Bak kata pepatah; Sambil menyelam, sedut air. Tapi jangan pula sedut air masa bulan puasa ni.. Nanti batal puasa.. Tak pasal-pasal, dosa dapat--> kena ganti pon ye.. :) hehe XD

Korang...korang tengok Running Man tak? Aku dah start tengok bila aku dapat soft copy daripada salah seorang kawan aku yang mempunyai simpanan Kpop yang banyak. Aku dah tengok Running Man sampai episode 51. Yang latest episode 56. Tak tercapai lagi tapi seandainya anda memang seorang peminat Running Man dan mempunyai tahap kesabaran yang sedikit, korang boleh baca recap dalam blog ni: -

Ada apa dengan Running Man? Running Man ini adalah salah satu rancangan kesukanan keluaran Korea dimana ia hanyalah permainan yang biasanya di mainkan oleh kanak-kanak. Contoh permainan yang mereka main ialah hide and seek; who are the thief dan banyak lagi. Memang best lah campur dengan sikap mereka yang gila-gila. :) Dalam ramai-ramai peserta Running Man, saya suka tengok Haha atau nama sebenarnya Ha Dong Hoon. Dia memang lawak habessslah.. Then, suka dengan Jae Suk: MC yang hebat ahh!! Jihyo- sebab dia sangat blur sehingga dia digelarkan sebagai Miss Mong * Mong = blur. Jong Kook - Body ketul-ketul you!! hehe :D 

Lagi satu, saya sangat suka tengok dia dan Jihyo :) Memang best kalau perhatikan gerak geri mereka berdua. =D Salah satu saya menggemari kartun pororo ialah disebabkan HAHA :) yeahhh!!!

Haha dengan rantai pororonya!! =D cute kan? dengan muka chubbynya... Argghh tasteku memang yang chubby-chubby ke? erkkk..... *gelak laju-laju* Rindunya nak tengok gelagat Haroro yang suka bikin filem sendiri XD Haradd Pitt.                      









# source gambar: allkpop website. 



TERIMA KASIH daun keladi :) Lain tahun, ada lagi kan? kan? kan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!

Malam ini sangat bergembira kerana petang tadi sudah sampai kad yang ditunggu-tunggu. Tapi bukan kad kahwin taw! Ni kad raya :) Kad Raya dan duit Raya :) Thanx a lot to Fatihah Ismail a.k.a kawan satu USM, satu course, satu group dan RATU GOSIP!! haha =P

Okay..sebagai balasan kad raya tersebut, dengan hati yang besar lagi ikhlas ini ingin menulis sepucuk surat untuk anda. Jangan menangis pula ya!! hehe XD

Kehadapan saudari Fatihah,
Saya sudah lama bangun tidur. Bangun seawal 5 pagi dan tidur semula selewat 7 pagi. Jika mengantuk yang teramat sangat, saya akan tidur sehingga matahari di atas kepala. Al-maklumlah saya hanyalah seorang siswazah yang menganggur dan tidak mempunyai tanggungjawab yang berat. Seawal pagi amatlah pelik jikalau saya tengah bertungkus lumus menyediakan kuih muih untuk santapan pada waktu berbuka. Oleh itu, kami sekeluarga biasanya akan menyediakan persiapan juadah berbuka seawal asar. Untuk persiapan raya pula, kami hanya membeli kuih-kuih raya di bazaar atau mydin sahaja. Bukan disebabkan malas membuat kuih, tetapi untuk mengurangkan bebanan kerja. *menganggur pon takde masa; ada masa untuk berblogging =P

Saya juga sangat merindui saudari. Rindu rasanya untuk merasa duit titik peluh saudari. :D Adakah saya berpeluang untuk merasanya?
Perkembangan mengenai saya dan X adalah rahsia. =D

Mengenai perkembangan kerjaya, saya masih dilema. Ibu saya seperti ingin menyuruh saya mencari kerja selepas mendengar cerita anak-anak rakan beliau. Dan ini membuatkan saya di dalam dilema. Saya memerlukan masa untuk membuat keputusan supaya keputusan tersebut tidak meningggalkan kesan negatif terhadap kehidupan yang bakal saya tempuhi. 

Dengan warkah yang dikarang ini, saya juga ingin meminta maaf zahir dan batin jika ada kekasaran tatabahasa, tingkahlaku dan tuturkata yang mungkin mengguris hati saudari. Saya berharap persahabatan yang kita bina selama 4 tahun bersama tidak akan terlerai begitu sahaja. Saya amat menghargai jasa dan pengorbanan saudari selama kita bersama.

Saya akhiri warkah ini dengan sekerat pantun:-

Beli kuih sehari-hari,
Juadah bermenukan ikan,
Saya menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri =D
*Duit tu aku akan simpan sampai bila-bila!! :D*

With,
Nadia Nasir. 



p/s: Sorry..tak leh nak bagi kad raya tahun ni sebabnya ketiadaan fulus mulus... So, ini jer yang termampu =D

Monday 22 August 2011

nama Blog nak orang putih, tapi tulis dalam Bahasa Melayu jer.. gedik!

Sedar diri rupanya tuan empunya blog kan? *ketawa guling-guling*. Saya tulis blog ni adalah bertujuan untuk suka-suki sahaja. So, memang takde kena mengena dengan apa-apa pon. Ramai yang tertanya-tanya kenapa saya delete blog lama dan buat blog baru.

First, sebenarnya saya tak delete pon blog lama, still ada, just saya hidekan supaya orang lain dah tak boleh baca.

Second, saya nak suasana yang baru. Lagipun, saya dah minat kartun baru. Saya dah tak minat kat keroppi lagi. :)

Third, dalam blog ni saya nak bercerita mengenai Kpop. Jangan marah~ hahaha :) Saya minat CN Blue, yongseo couple, Running Man, Kim Hyun Joong, Beast, 2PM, 2AM, 4Minute, f(x), After School, Secret dll.

Sebenarnya, saje jer nak beralih angin. Lagipon, macam dah tak best kot nak tulis balik kat blog yang dah lama ditinggalkan. Macam rumah lama yang dah buruk lepuk, so, lebih baik bina ruma baru kan? Rumah yang cantik, segar bugar.. :) Sebenarnya, itu semua hanyalah alasan semata-mata. Ia adalah kerana perangai saya yang suka buat benda karut marut. :)

Oppss.. pasal nama blog ni. Entahlah weh.. dah terbiasa kot buat nama dalam BI. sesaje cari glemer.. saya gila glemer rupanya :) HAHAHA Hope saya rajin after ni yep.. :) Ok..chow!

Saya dah siap sahur.. Jom berniat untuk berpuasa!

Salam Ramadhan!

Selamat pagi semua.. Apakah menu sahur anda hari ni? Hari ni menu sahur yang disediakan oleh keluarga saya ialah Nasi putih melepak, Sup bebola ikan + sayur kangkung dan ayam goreng. Best kan? :) Jangan jeles!! hehe =P Rasanya tahun ni lah saya berpuasa full kat rumah selepas saya sering berhijrah ke negeri orang. Bestkan suasana puasa di rumah. Lauk pauk disediakan, makanan pula panas-panas dan menyelerakan. Tapi bila di rantauan orang, makanan panas pon macam takde selera. Mood nak bersahur pon tiada. Tambahan dengan kurma yang ala-ala kulitnye kering tu.. Argghhhhh... teringat zaman duduk asrama. Memang sedih sangat. Dah lah duduk tingkat 3, malas bebeno nak turun bersahur. Kadangkala, rela makan roti cicah air je. Terukkan? Tu la bila duduk kat rumah, lagi rasa best! lagi rasa semangat nak bersahur :)

Ohh! Nak bagi petua daripada umi. Umi kata, kalau bersahur digalakkan makan nasi putih daripada makan nasi goreng, mee goreng.. Secara logiknya, maybe untuk mengurangkan pengambilan minyak la kot. Ye la.. Kalau dibandingkan nasi putih + ayam goreng dengan nasi goreng, nasi goreng lagi banyak guna minyak kan? Betul tak? Satu lagi, maybe nak kurangkan penggunaan garam dalam masakan. Iye la.. Kalau garam berlebihan dalam masakan dapat menyebabkan air keluar dan akhirnya membuatkan badan memerlukan air yang lebih. So, maybe betul la jugak teori umi mengenai makanan. Sebenarnya orang-orang tua lebih banyak mengetahui kebaikan dan keburukan mengenai kehidupan walaupun dorang tak belajar teori seperti saya. :) psstt.. belajar teori pon kadangkala lupa jugak. Teringat pasal viva :( sedey kot~

p/s: Hanya tinggal beberapa hari lagi. Tahun ni tema merah darah ikan :) yeye! Tapi baju aku takde langsung warna merah darah ikan. Terpaksa pakai baju tahun lepas dulu :) 

Ice cream baby melt :)

Salam Ramadhan!

Hidup ni penuh perasa..Segar seperti pudina..Pahit seperti coklat..Manis seperti vanilla..
(Lawak IceCream Baby: Melt; 2011)

 Kehidupan penuh dengan warna-warni. Ada suka, ada duka, ada rasa terharu, ada rasa terkilan. Dan rasa ini menerbitkan warna warni dalam kehidupan. Suka dan duka silih berganti. Emosi dan perasaan akan berubah-ubah. Kadangkala ia dipengaruhi oleh hormon, kadangkala ia juga boleh dipengaruhi oleh persekitaran. Semuanya tampak indah bila hati tengah bersuka ria, dan semuanya nampak lesu bila hati tengah berduka. Itulah ranjau hidup sebagai seorang manusia. Manusia juga tak kan pernah lari dari meminati sesuatu, meminati seseorang.. Manusia juga akan ada rasa benci apabila terasa terbeban.

Aku...seorang manusia...
Merasa semua benda yang dilalui oleh semua manusia. Aku punya perasaan. Aku punya sifat yang mungkin dibenci oleh orang lain. Aku punya sifat yang disayang oleh orang lain. Mungkin sifatku ini akan berubah-ubah. Mungkin ia juga akan kekal. 

Aku..seorang manusia...
Aku punya keluarga yang besar. Ahli keluarga yang mempunyai banyak ragam. Kadangkala amat disenangi, kadangkala meresahkan, kadangkala ada rasa kebencian. 
Aku seorang manusia...
Aku punyai kawan yang ramai. Kawan yang boleh bersuka ria. Kawan yang boleh berduka cita. Kadangkala berkelahi, kadangkala terasa hati, kadangkala bertengkar bertukar-tukar pendapat. 

Aku seorang manusia...
Aku kaya memiliki mereka semua. Tapi kadangkala aku menjadi seorang yang tamak haloba. Aku ingin semuanya. Aku inginkan harta benda..Aku inginkan kejayaan.. Aku inginkan wang ringgit yang berjuta.. Aku inginkan pangkat dan darjat kerana aku hanya seorang manusia..
(Nadia Nasir, 2011)

 Di umumkan kewujudan blog baru saya! :) Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Wallahualam.. :)


p/s: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.  Maaf tiada kad raya untuk tahun ni sebab tiada fulusssss..