Tuesday 23 August 2011

TERIMA KASIH daun keladi :) Lain tahun, ada lagi kan? kan? kan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!

Malam ini sangat bergembira kerana petang tadi sudah sampai kad yang ditunggu-tunggu. Tapi bukan kad kahwin taw! Ni kad raya :) Kad Raya dan duit Raya :) Thanx a lot to Fatihah Ismail a.k.a kawan satu USM, satu course, satu group dan RATU GOSIP!! haha =P

Okay..sebagai balasan kad raya tersebut, dengan hati yang besar lagi ikhlas ini ingin menulis sepucuk surat untuk anda. Jangan menangis pula ya!! hehe XD

Kehadapan saudari Fatihah,
Saya sudah lama bangun tidur. Bangun seawal 5 pagi dan tidur semula selewat 7 pagi. Jika mengantuk yang teramat sangat, saya akan tidur sehingga matahari di atas kepala. Al-maklumlah saya hanyalah seorang siswazah yang menganggur dan tidak mempunyai tanggungjawab yang berat. Seawal pagi amatlah pelik jikalau saya tengah bertungkus lumus menyediakan kuih muih untuk santapan pada waktu berbuka. Oleh itu, kami sekeluarga biasanya akan menyediakan persiapan juadah berbuka seawal asar. Untuk persiapan raya pula, kami hanya membeli kuih-kuih raya di bazaar atau mydin sahaja. Bukan disebabkan malas membuat kuih, tetapi untuk mengurangkan bebanan kerja. *menganggur pon takde masa; ada masa untuk berblogging =P

Saya juga sangat merindui saudari. Rindu rasanya untuk merasa duit titik peluh saudari. :D Adakah saya berpeluang untuk merasanya?
Perkembangan mengenai saya dan X adalah rahsia. =D

Mengenai perkembangan kerjaya, saya masih dilema. Ibu saya seperti ingin menyuruh saya mencari kerja selepas mendengar cerita anak-anak rakan beliau. Dan ini membuatkan saya di dalam dilema. Saya memerlukan masa untuk membuat keputusan supaya keputusan tersebut tidak meningggalkan kesan negatif terhadap kehidupan yang bakal saya tempuhi. 

Dengan warkah yang dikarang ini, saya juga ingin meminta maaf zahir dan batin jika ada kekasaran tatabahasa, tingkahlaku dan tuturkata yang mungkin mengguris hati saudari. Saya berharap persahabatan yang kita bina selama 4 tahun bersama tidak akan terlerai begitu sahaja. Saya amat menghargai jasa dan pengorbanan saudari selama kita bersama.

Saya akhiri warkah ini dengan sekerat pantun:-

Beli kuih sehari-hari,
Juadah bermenukan ikan,
Saya menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri =D
*Duit tu aku akan simpan sampai bila-bila!! :D*

With,
Nadia Nasir. 



p/s: Sorry..tak leh nak bagi kad raya tahun ni sebabnya ketiadaan fulus mulus... So, ini jer yang termampu =D

4 comments:

^__^ terima kasih menitipkan sepatah dua kata XD