Monday 22 August 2011

Saya dah siap sahur.. Jom berniat untuk berpuasa!

Salam Ramadhan!

Selamat pagi semua.. Apakah menu sahur anda hari ni? Hari ni menu sahur yang disediakan oleh keluarga saya ialah Nasi putih melepak, Sup bebola ikan + sayur kangkung dan ayam goreng. Best kan? :) Jangan jeles!! hehe =P Rasanya tahun ni lah saya berpuasa full kat rumah selepas saya sering berhijrah ke negeri orang. Bestkan suasana puasa di rumah. Lauk pauk disediakan, makanan pula panas-panas dan menyelerakan. Tapi bila di rantauan orang, makanan panas pon macam takde selera. Mood nak bersahur pon tiada. Tambahan dengan kurma yang ala-ala kulitnye kering tu.. Argghhhhh... teringat zaman duduk asrama. Memang sedih sangat. Dah lah duduk tingkat 3, malas bebeno nak turun bersahur. Kadangkala, rela makan roti cicah air je. Terukkan? Tu la bila duduk kat rumah, lagi rasa best! lagi rasa semangat nak bersahur :)

Ohh! Nak bagi petua daripada umi. Umi kata, kalau bersahur digalakkan makan nasi putih daripada makan nasi goreng, mee goreng.. Secara logiknya, maybe untuk mengurangkan pengambilan minyak la kot. Ye la.. Kalau dibandingkan nasi putih + ayam goreng dengan nasi goreng, nasi goreng lagi banyak guna minyak kan? Betul tak? Satu lagi, maybe nak kurangkan penggunaan garam dalam masakan. Iye la.. Kalau garam berlebihan dalam masakan dapat menyebabkan air keluar dan akhirnya membuatkan badan memerlukan air yang lebih. So, maybe betul la jugak teori umi mengenai makanan. Sebenarnya orang-orang tua lebih banyak mengetahui kebaikan dan keburukan mengenai kehidupan walaupun dorang tak belajar teori seperti saya. :) psstt.. belajar teori pon kadangkala lupa jugak. Teringat pasal viva :( sedey kot~

p/s: Hanya tinggal beberapa hari lagi. Tahun ni tema merah darah ikan :) yeye! Tapi baju aku takde langsung warna merah darah ikan. Terpaksa pakai baju tahun lepas dulu :) 

2 comments:

  1. Taun ni tema hijau.
    Tp Nisah x suka ijau.. ><

    ReplyDelete
  2. oh :O..Nad pon tak suka hijau! :)

    xpe, Nisah pakai ape pon cantik :)

    ReplyDelete

^__^ terima kasih menitipkan sepatah dua kata XD