Monday 22 August 2011

Ice cream baby melt :)

Salam Ramadhan!

Hidup ni penuh perasa..Segar seperti pudina..Pahit seperti coklat..Manis seperti vanilla..
(Lawak IceCream Baby: Melt; 2011)

 Kehidupan penuh dengan warna-warni. Ada suka, ada duka, ada rasa terharu, ada rasa terkilan. Dan rasa ini menerbitkan warna warni dalam kehidupan. Suka dan duka silih berganti. Emosi dan perasaan akan berubah-ubah. Kadangkala ia dipengaruhi oleh hormon, kadangkala ia juga boleh dipengaruhi oleh persekitaran. Semuanya tampak indah bila hati tengah bersuka ria, dan semuanya nampak lesu bila hati tengah berduka. Itulah ranjau hidup sebagai seorang manusia. Manusia juga tak kan pernah lari dari meminati sesuatu, meminati seseorang.. Manusia juga akan ada rasa benci apabila terasa terbeban.

Aku...seorang manusia...
Merasa semua benda yang dilalui oleh semua manusia. Aku punya perasaan. Aku punya sifat yang mungkin dibenci oleh orang lain. Aku punya sifat yang disayang oleh orang lain. Mungkin sifatku ini akan berubah-ubah. Mungkin ia juga akan kekal. 

Aku..seorang manusia...
Aku punya keluarga yang besar. Ahli keluarga yang mempunyai banyak ragam. Kadangkala amat disenangi, kadangkala meresahkan, kadangkala ada rasa kebencian. 
Aku seorang manusia...
Aku punyai kawan yang ramai. Kawan yang boleh bersuka ria. Kawan yang boleh berduka cita. Kadangkala berkelahi, kadangkala terasa hati, kadangkala bertengkar bertukar-tukar pendapat. 

Aku seorang manusia...
Aku kaya memiliki mereka semua. Tapi kadangkala aku menjadi seorang yang tamak haloba. Aku ingin semuanya. Aku inginkan harta benda..Aku inginkan kejayaan.. Aku inginkan wang ringgit yang berjuta.. Aku inginkan pangkat dan darjat kerana aku hanya seorang manusia..
(Nadia Nasir, 2011)

 Di umumkan kewujudan blog baru saya! :) Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Wallahualam.. :)


p/s: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.  Maaf tiada kad raya untuk tahun ni sebab tiada fulusssss..

2 comments:

^__^ terima kasih menitipkan sepatah dua kata XD